What to do on weekend?
Mostly nothing. Saturday and Sunday isn't long. They come and poof, it's Monday already.
Sekarang pulak dah nak dekat-dekat akhir sem ni, banyak lah assignment dengan projek datang bergolek.
Sabtu Ahad duk buat assignment, kalau tak pun, rehatkan badan aje lah. Kalau keluar pun, kejap kejap je. Takde nya nak keluar lama-lama, one whole day outside the campus. Kalau ada pun, masa awal awal masuk degree dulu dulu je lah. Baru kenal dunia kan.
Sekarang? Dah third year ni, aktiviti waktu cuti hanyalah duduk bilik. Sampai waktu makan, keluar makan. Pastu balik bilik, sambung buat kerja atau pergi lepak lepak di bilik sebelah atau tidur. That's it. Kalau ada barang nak beli pun, lepas lunch, pegi la singgah Jusco kejap beli beli barang lepas tu balik.
Takde dah nak keluar pergi Skudai Parade main roller skate ke, nak pergi Danga City Mall ke main bowling. Takde. Takde.
Macam cakap tadi lah. Keluar makan then balik. Keluar pulak bila? Waktu makan yang seterusnyaa.
Cuma ada la jugak kadang-kadang tu, kadang-kadang je, pergi tengok wayang kejap lepas makan malam.
Macam yang ni. Hehe.
Ni, malam Sabtu hari tu keluar makan bertiga. Sebenarnya nak makan dekat hutan bandar, tapi sampai sana, rama sangat org duk berdiri tunggu turn so pusing pergi makan dekat setulang.
"Lepas ni nak pergi mana?"
"Kau ada keje tak?"
"Takde pun."
"Nak pergi bazar karat ke wayang?"
"Wayang laa. Aku malas jalan"
"Okay."
Oleh sebab-sebab perbualan di atas, sampailah kami ke JJ Bukit Indah. Tengok Carrie, kisah remaja perempuan yang ada kuasa supernatural. Boleh laa.
Sekarang dah jadi peminat popcorn pulak kalau masuk cinema. Dulu tak nak pun.
Well, things change.

No comments:
Post a Comment